HOMESTAY EIJAZ KUALA ROMPIN, PAHANG

No Comments »

SELAMAT DATANG KE LAMAN HOMESTAY EIJAZ

HOMESTAY KUALA ROMPIN


ALAMAT:

      NO ,
      JALAN PULAU LANG MUTIARA 1/1,
      26800 KUALA ROMPIN,
      PAHANG


LOKASI BERHAMPIRAN:

  1. BANDAR ROMPIN
  2. HOSPITAL ROMPIN
  3. PANTAI HIBURAN
  4. PPD ROMPIN
  5. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ROMPIN
  6. SEKOLAH MENENGAH  AGAMA ROMPIN
  7. SEKOLAH KEBANGSAAN ROMPIN
  8. MASJID BANDAR LAMA ROMPIN
  9. ROMPIN BEACH RESORT (RBR)
  10. DEWAN TERBUKA ROMPIN
  11. DEWAN JUBLI EMAS ROMPIN
  12. 7 ELEVEN
  13. DOBI LAYAN DIRI 24 JAM
  14. BANK 
  15. KEDAI MAKAN

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN:

  1. RUANG TAMU AIRCOND
  2. 1 BILIK KATIL KELAMIN KING SAIZ + AIRCOND+KIPAS + IONZIER+ BILIK AIR
  3. 3 BILIK KATIL  BUJANG + KATIL PULL OUT + KIPAS
  4. 2 BILIK AIR
  5. SETERIKA
  6. RUANG MAKAN
  7. RUANG MASAK DENGAN DAPUR DAN KELENGKAPAN MEMASAK ASAS
  8. PARKING KERETA
  9. CCTV RUANG PARKING DEPAN 
  10. WIFI ASAS
  11. TV DENGAN APLIKASI STREAMING YOUTUBE DLL

Apa keistimewaan Homestay Eijaz?

No Comments »

Apa keistimewaan Homestay Eijaz?

🚗Berada ditengah-tengah bandar Kuala Rompin (meaning semua kemudahan berada dalam lingkungan homestay)

🏡Rumah yang sangat selesa dan bersih
(1master bedroom lengkap dengan toilet dan 3 bedroom lain lengkap dengan katil super single dan pullover)

🛋Kesemua dekorasi dan  perabot kami adalah DIY (hasil idea kami sekeluarga)

🖥Kami tak ada ASTRO tapi kami menyediakan WIFI dan Streaming di ruang tamu serta android tv di ruang makan untuk penggemar Netflixx Movie (Jadi tak perlu berebut siaran dan TV)
-----------------
Ha macam mana?Berminat?
Jom dapatkan harga promosi sempena pembukaan kami.

Menarik Di Pantai Hiburan,Kuala Rompin,Pahang

No Comments »


Salam semua.Masih lagi dalam mood Cuti Sekolah dan untuk ibu-bapa masih ada masa lagi untuk bawa anak-anak berjalan-jalan dan bercuti, Tak perlu pergi jauh-jauh.Jom Terokai Malaysia.
Entry kali ini saya akan kongsikan aktiviti-aktiviti menarik di Kuala Rompin,Pahang. Fokus utama ialah di Pantai Hiburan Rompin. Bagi penduduk-penduduk Kuala Rompin, Pantai Hiburan adalah satu destinasi yang wajib dkunjungi terutama pada hujung minggu. Terutama bagi yang sudah berkeluarga. Saya dan suami pun suka bawa anak-anak beriadah di Pantai Hiburan,Kuala RompinPahang ni. Maklum sajalah anak-anak yang sedang membesar ni memang suka sangat kalau dapat main pasir pantai.

Baiklah,apa istimewanya Pantai Hiburan Rompin?

Jujurnya Pantai Hiburan,Kuala Rompin Pahang ini menyajikan pelbagai aktiviti menarik buat pengunjung-pengunjung terutamanya pada hujung minggu. Antaranya ialah :

1) Menjala dan Memukat :
Ikut musim,contoh tahun ini pada bulan Mac memang banyak hasil laut seperti ikan dan udang dapat dipukat  dipinggiran Pantai Hiburan Kuala Rompin Pahang.Memang seronok,sambil-sambil tunggu pukat boleh berkelah bersama keluarga. Ramai yang dapat membawa pulang hasil tangkapan mereka waktu ni. Malah ada yang sanggup berkhemah di tepi pantai semata-mata ingin mengaut hasil lautan yang segar ni.


2) Carboot Sale :
Pantai Hiburan, Kuala Rompin Pahang turut menjadi medan niaga untuk usahawan-usahawan kecil di Rompin pada hujung minggu. Pelbagai produk tempatan dijual dengan harga yang berpatutan. Antaranya ialah Susu Farm Fresh, Durian Crepe, Fluer (Pewangi Kereta) dan pelbagai jenis makanan



3) Busking
Nak merasai suasana ala-ala Hawaii Malaysia? Jom D’Kukur Busker, Kuala Rompin Pahang sudi menghiburkan anda. Mereka juga merupakan duta promosi sempena Rompin Fest dan mendendangkan lagu Rompin Makmur.Mereka terdiri dari anak-anak muda yang berbakat dalam bidang nyanyian Boleh la datang dan jika bernasib baik anda boleh request atau nyanyi bersama mereka.


HOMESTAY EIJAZ DI KUALA ROMPIN
credit photo:FB D'Kukur Busker
https://www.facebook.com/hp0139988100/




4) Clown dan Fire Breathing
Ha yang ni memang dare devil punya pertunjukan. Persembahan api oleh Mat Jeng Jeng De Clown, belia dari Felda Selendang 1,Kuala Rompin. Tapi bergantung dengan keadaan cuaca dan permintaan. Jika keadaan berangin tak dapat lah tengok sebab faktor keselamatan. Tapi jangan bimbang kalau tak dapat tengok api,anak-anak masih boleh terhibur dengan aksi comel badut juga dari orang yang sama.
kalau perlukan khidmat Mat Jeng Jeng boleh la hubungi beliau diFbnya



 
HOMESTAY EIJAZ DI KUALA ROMPIN
Credit photo: SINAR


5) Skateboard,rollerblade dan permainan
Yang ini memang kegemaran anak-anak. Pelbagai jenis permainan beroda disediakan di tapak rollerblade Pantai Hiburan,Kuala Rompin Pahang ni  dengan harga yang berpatutan. Pendek kata memang meriahlah seperti pesta bila tiba hujung minggu di Pantai Hiburan, Kuala Rompin ni



HOMESTAY EIJAZ DI KUALA ROMPIN
Credit photo: Utusan Malaysia




Untuk mereka yang kurang gemarkan hiburan,anda boleh menikmati pemandangan,berjalan-jalan dipesisir pantai atau sekadar duduk memernhati. Bagi kaki jogging, terdapat trek jogging disediakan untuk anda,sambil-sambil layan bayu lembut. Dan yang ingin mencuba Woodball (sukan rasmi negeri Pahang) boleh lah dapatkan trainer Woodball dan mencuba sendiri sukan ini di Turf woodball Pantai Hiburan Kuala Rompin Pahang.Anda juga boleh berhubung terus dengan Pegawai di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rompin. http://pbsdromp.blogspot.my/




HOMESTAY EIJAZ DI KUALA ROMPIN



Baiklah cukup setakat ini dahulu perkongsian kali ini. Bertemu lagi dalam entry yang lain. Nah saya sajikan suasana santai-santai kami sekeluarga di bawah pepohon rhu ala-ala Jeju Island di Pantai Hiburan Kuala Rompin Pahang.

HOMESTAY EIJAZ DI KUALA ROMPIN

Next entry insyaAllah saya akan kongsikan penginapan-penginapan untuk pengunjung-pengunjung luar Kuala Rompin Pahang.


Lokasi Homestay Eijaz Kuala Rompin

No Comments »


Lokasi Homestay Eijaz di Kuala Rompin boleh buat carian menerusi aplikasi google map ataupun aplikasi Waze dengan menggunakan kata kunci Homestay Eijaz Kuala Rompin

Anda juga boleh berkongsi pautan berikut : https://goo.gl/maps/14cinrNSrXv untuk memudahkan pencarian lokasi Homestay Eijaz di Kuala Rompin ini

HOMESTAY KUALA ROMPIN, PAHANG

No Comments »

SELAMAT DATANG KE LAMAN HOMESTAY EIJAZ

HOMESTAY KUALA ROMPIN


ALAMAT:

      NO ,
      JALAN PULAU LANG MUTIARA 1/1,
      26800 KUALA ROMPIN,
      PAHANG


LOKASI BERHAMPIRAN:

  1. BANDAR ROMPIN
  2. HOSPITAL ROMPIN
  3. PANTAI HIBURAN
  4. PPD ROMPIN
  5. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ROMPIN
  6. SEKOLAH MENENGAH  AGAMA ROMPIN
  7. SEKOLAH KEBANGSAAN ROMPIN
  8. MASJID BANDAR LAMA ROMPIN
  9. ROMPIN BEACH RESORT (RBR)
  10. DEWAN TERBUKA ROMPIN
  11. DEWAN JUBLI EMAS ROMPIN
  12. 7 ELEVEN
  13. DOBI LAYAN DIRI 24 JAM
  14. BANK 
  15. KEDAI MAKAN

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN:

  1. RUANG TAMU AIRCOND
  2. 1 BILIK KATIL KELAMIN KING SAIZ + AIRCOND+KIPAS + IONZIER+ BILIK AIR
  3. 3 BILIK KATIL  BUJANG + KATIL PULL OUT + KIPAS
  4. 2 BILIK AIR
  5. SETERIKA
  6. RUANG MAKAN
  7. RUANG MASAK DENGAN DAPUR DAN KELENGKAPAN MEMASAK ASAS
  8. PARKING KERETA
  9. CCTV RUANG PARKING DEPAN 
  10. WIFI ASAS
  11. TV DENGAN APLIKASI STREAMING YOUTUBE DLL