Menarik Di Pantai Hiburan,Kuala Rompin,Pahang


Salam semua.Masih lagi dalam mood Cuti Sekolah dan untuk ibu-bapa masih ada masa lagi untuk bawa anak-anak berjalan-jalan dan bercuti, Tak perlu pergi jauh-jauh.Jom Terokai Malaysia.
Entry kali ini saya akan kongsikan aktiviti-aktiviti menarik di Kuala Rompin,Pahang. Fokus utama ialah di Pantai Hiburan Rompin. Bagi penduduk-penduduk Kuala Rompin, Pantai Hiburan adalah satu destinasi yang wajib dkunjungi terutama pada hujung minggu. Terutama bagi yang sudah berkeluarga. Saya dan suami pun suka bawa anak-anak beriadah di Pantai Hiburan,Kuala RompinPahang ni. Maklum sajalah anak-anak yang sedang membesar ni memang suka sangat kalau dapat main pasir pantai.

Baiklah,apa istimewanya Pantai Hiburan Rompin?

Jujurnya Pantai Hiburan,Kuala Rompin Pahang ini menyajikan pelbagai aktiviti menarik buat pengunjung-pengunjung terutamanya pada hujung minggu. Antaranya ialah :

1) Menjala dan Memukat :
Ikut musim,contoh tahun ini pada bulan Mac memang banyak hasil laut seperti ikan dan udang dapat dipukat  dipinggiran Pantai Hiburan Kuala Rompin Pahang.Memang seronok,sambil-sambil tunggu pukat boleh berkelah bersama keluarga. Ramai yang dapat membawa pulang hasil tangkapan mereka waktu ni. Malah ada yang sanggup berkhemah di tepi pantai semata-mata ingin mengaut hasil lautan yang segar ni.


2) Carboot Sale :
Pantai Hiburan, Kuala Rompin Pahang turut menjadi medan niaga untuk usahawan-usahawan kecil di Rompin pada hujung minggu. Pelbagai produk tempatan dijual dengan harga yang berpatutan. Antaranya ialah Susu Farm Fresh, Durian Crepe, Fluer (Pewangi Kereta) dan pelbagai jenis makanan



3) Busking
Nak merasai suasana ala-ala Hawaii Malaysia? Jom D’Kukur Busker, Kuala Rompin Pahang sudi menghiburkan anda. Mereka juga merupakan duta promosi sempena Rompin Fest dan mendendangkan lagu Rompin Makmur.Mereka terdiri dari anak-anak muda yang berbakat dalam bidang nyanyian Boleh la datang dan jika bernasib baik anda boleh request atau nyanyi bersama mereka.


HOMESTAY EIJAZ DI KUALA ROMPIN
credit photo:FB D'Kukur Busker
https://www.facebook.com/hp0139988100/




4) Clown dan Fire Breathing
Ha yang ni memang dare devil punya pertunjukan. Persembahan api oleh Mat Jeng Jeng De Clown, belia dari Felda Selendang 1,Kuala Rompin. Tapi bergantung dengan keadaan cuaca dan permintaan. Jika keadaan berangin tak dapat lah tengok sebab faktor keselamatan. Tapi jangan bimbang kalau tak dapat tengok api,anak-anak masih boleh terhibur dengan aksi comel badut juga dari orang yang sama.
kalau perlukan khidmat Mat Jeng Jeng boleh la hubungi beliau diFbnya



 
HOMESTAY EIJAZ DI KUALA ROMPIN
Credit photo: SINAR


5) Skateboard,rollerblade dan permainan
Yang ini memang kegemaran anak-anak. Pelbagai jenis permainan beroda disediakan di tapak rollerblade Pantai Hiburan,Kuala Rompin Pahang ni  dengan harga yang berpatutan. Pendek kata memang meriahlah seperti pesta bila tiba hujung minggu di Pantai Hiburan, Kuala Rompin ni



HOMESTAY EIJAZ DI KUALA ROMPIN
Credit photo: Utusan Malaysia




Untuk mereka yang kurang gemarkan hiburan,anda boleh menikmati pemandangan,berjalan-jalan dipesisir pantai atau sekadar duduk memernhati. Bagi kaki jogging, terdapat trek jogging disediakan untuk anda,sambil-sambil layan bayu lembut. Dan yang ingin mencuba Woodball (sukan rasmi negeri Pahang) boleh lah dapatkan trainer Woodball dan mencuba sendiri sukan ini di Turf woodball Pantai Hiburan Kuala Rompin Pahang.Anda juga boleh berhubung terus dengan Pegawai di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rompin. http://pbsdromp.blogspot.my/




HOMESTAY EIJAZ DI KUALA ROMPIN



Baiklah cukup setakat ini dahulu perkongsian kali ini. Bertemu lagi dalam entry yang lain. Nah saya sajikan suasana santai-santai kami sekeluarga di bawah pepohon rhu ala-ala Jeju Island di Pantai Hiburan Kuala Rompin Pahang.

HOMESTAY EIJAZ DI KUALA ROMPIN

Next entry insyaAllah saya akan kongsikan penginapan-penginapan untuk pengunjung-pengunjung luar Kuala Rompin Pahang.


This entry was posted on and is filed under ,,,,,,. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

Leave a Reply